KUIH TRADISIONAL SARAWAK( KUIH JALA)
ROTI JALA atau
lapung dalam bahasa bidayuh bukar,sejenis kuih tradisional masyarakat
etnik di bumi Kenyalang,di Semenanjung Malaysia pun ada kuih Jala,tetapi
lembut,akan tetapi kuih jala sarawak kelihatan kering,rapuh dan garing
di nikmati,Kuih tradisi ini akan kita temui bila tiba nya musim
perayaan,kuih ini amat popular di sana dimana kuih tradisional ini
memang menjadi kemestian bila tiba nya musim perayaan
Tepung
beras di uli dengan gula apung,gula apung ni seperti gula
melaka,dicairkan dan di adun bersama tepung beras,dengan air supaya cair
agar senang keluar melalui tempurung kelapa yang telah di tebuk
terlebih dahulu dan di titiskan dalam minyak yang dipanas kan,kayu
pengetuk berfungsi bagi mengeluarkan cecair dari tepurung,dilayang di
atas minyak berbentuk bulat,harus tahu jumlah kuantiti cecair tepung
yang keluar agar roti jala tidak keras atau terlampau tebal.bila dah
siap tuang kedalam kuali,pembuat kuih ni akan menggunakan sepit untuk
melipat kepada dua bahagian,mengikut selera pembuatnya,kamudian baru lah
di angkat dan di tos kan agar kering dari minyak.
proses membuat roti jala Sarawak
bila dah diangkat boleh lah di keringkan seperti ini,agar tidak terlampau berminyak.
begini lah rupa KUIH JALA SARAWAK yang telah siap digoreng dan di simpan dalam bekas kedap udara agar tidak.dimasuki angin,
siap
untuk dihidangkan,nampak perbezaan warna nya,di atas mungkin
menggunakan gula apung yang banyak,di bandingkan dengan bawah agak
terang,
kadangkala proses menggoreng pun kena mahir agar tidak hitam,atau rentung,yang rentung hiasanya pahit !
rupa atau bentuk kuih jala yang siap digoreng,boleh di bentuk mengikut kretiviti si pembuat nya.
bila
menjelang nya Hari Gawai di Sarawak,biasa nya kita akan melihat
makcik-makcik sibuk membuat kuih Jala bagi persiapan menyambut hari
perayaan,kuih jala ni di makan begitu sahaja tanpa perlu letak apa-apa
perencah .
kuih
jala ni boleh tahan berbulan-bulan asal kan tidak terdedah dengan udara
dalam tempoh lama,kerana ia akan menjadi lembik,seakan liat bila di
makan.begitu lah catatan saya bersama KUIH JALA SARAWAK.
No comments:
Post a Comment