LADA HITAM SARAWAK
Lada hitam
merupakan sejenis herba memanjat dan memerlukan sokongan untuk tumbuh
dan menghasilkan buah. Ia biasanya ditanam secara komersial di Negeri
Johor dan Sarawak. Ia hidup subur di kawasan tanah tinggi dan berbukit.
Lada hitam berasal dari Malabar, India dan dibawa ke Asia tenggara sejak
2000 tahun lalu dan semenjak itu ia ditanam di Malaysia dan Indonesia.
Kemudian ia tanam pula di Thailand, Vietnam, China dan Sri lanka.
Bahagian yang digunakan sebagai rempah ialah buahnya yang mempunyai bau
yang kuat.
Terdapat
dua jenis lada yang biasa dijumpai sebagai rempah iaitu lada hitam dan
lada putih. Kedua-duanya dihasilkan dari buah lada hitam melalui dua
proses yang berbeza. Lada hitam dihasilkan dengan cara menjemur dan
mengeringkan buahnya yang belum masak di atas api hingga kulitnya
berubah menjadi hitam dan berkeriput.
(lada hitam) (lada putih)
Lada putih
pula dihasilkan dengan memetik buah yang hampir masa, ia kemudiannya
direndam untuk memudahkan proses pengupasan. Pengupasan dilakukan dengan
menggosoknya, setelah itu ia dijemur hingga benar-benar kering. Lada
putih mempunyai bau yang lebih kuat dari lada hitam, tetapi bau lada
hitam lebih wangi dari lada putih.
Selain digunakan secara meluas dalam masakan, dalam perubatan tradisional melayu lada hitam digunakan untuk meredakan sakit perut, loya, demam, sakit sendi dan sakit kepala. Ia juga digunakan untuk membuang angin dalam badan. Ia juga digunakan untuk meredakan kembung perut bayi. Lada hitam juga digunakan oleh ibu dalam pantang dengan cara menumbuknya dengan ikan bilis goreng dan dimakan bersama nasi panas. Lada hitam dan lada putih yang dibungkus dalam kain dan dilayurkan pada api digunakan untuk menuam perut bayi yang kembung. Cara ini juga digunakan untuk meredakan kesakitan akibat bengkak dan bisul. Lada hitam juga berfungsi menguatkan tenaga batin lelaki. Lada hitam yang ditumbuk dan diminum bersama air suam dapat menguatkan tenaga dalaman lelaki. Air rebusan lada hitam pula berupaya meredakan cirit-birit dan kencing tidak lawas.

BELACAN BINTULU
PETANG itu cuaca memang panas. Terasa perit kulit tatkala Mislah Mas’ot, 48, mengirai-iraikan bubuk di atas tikar mengkuang di sudut tepi rumahnya yang terletak di Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.
Bubuk atau udang geragau sangat popular di Bintulu. Bahkan, wilayah pentadbiran keluarga Brooke ini dikenali kerana hasil lautnya yang terdiri daripada udang, cencaluk dan belacan. Bukan sekadar belacan biasa, belacan buatan sendiri keluaran para ibu dan suri rumah dari Bintulu mempunyai keistimewaan sendiri.
“Belacan Bintulu memang istimewa bah. Rasanya tidak begitu masin dan baunya juga tidak terlalu kuat,” ujar Mislah apabila ditanya kelebihan belacan Bintulu.
Jelasnya, bukan mahu memuji, tetapi Mislah sering mendapat tempahan belacan dari orang Semenanjung. “Bagi yang pernah merasai belacan Bintulu, mereka dapat membezakannya dengan belacan dari Semenanjung. “Jika ada orang luar yang datang ke sini, antara kemestian yang mereka beli adalah belacan Bintulu,” katanya yang menjual belacan jika ada permintaan.
Melihat proses membuat belacan, Mislah tidak lokek berkongsi resipi. “Tidak ada rahsia dalam penyediaan belacan. Apa yang penting bubuk perlu segar dari laut dan sukatan garam juga mesti betul,” katanya dalam loghat Melayu Sarawak.
Menurut wanita berketurunan Melayu Melanau ini lagi, bubuk perlu dijemur sampai benar-benar kering sebelum boleh ditumbuk. “Bubuk juga tidak boleh dijemur secara bertumpuk-tumpuk sebaliknya perlu dipastikan ia tidak bertindih antara satu sama lain. “Ini penting supaya bubuk kering secara sekata dan mengelak udang yang tertindih berbau hapak,” ujarnya yang kemudian meletakkan pemidang daripada kain net yang bertindak sebagai tudung saji bagi mengelak gangguan lalat. Usai proses menjemur bubuk yang sudah digaul bersama garam, Mislah masuk ke bahagian belakang rumahnya pula.

Di situ terdapat lesung kayu yang digunakan untuk menumbuk bubuk.
“Hanya bubuk yang sudah dijemur selama empat hari baru boleh ditumbuk menggunakan lesung.
“Menumbuk bubuk juga ada banyak peringkat. Biasanya saya akan tumbuk kasar, kemudian, jemur dan ulang tumbuk. Proses tumbuk dan jemur ini kadangkala sampai lapan atau sembilan kali,” katanya.
Untuk mengetahui sama ada belacan sudah menjadi atau belum, Mislah ada kaedah tersendiri.
“Saya akan baling ketulan belacan yang telah dibentuk ke dinding jubin khas.
“Kalau belacan tidak melekat di dinding, maknanya ia sudah benar-benar kering dan boleh disimpan,” ujarnya sambil menunjukkan belacan yang sudah disimpan selama lima tahun. Warnanya masih kemerah-merahan dan baunya juga masih enak.